Monday, January 12, 2009

Damai Yang Hilang

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan



Dimana letaknya kedamaian sekarang?... Sampai bila kita mahu melihat kekejaman Yahudi terus berleluasa tanpa sedikit pun rasa perikemanusiaan. Anak-anak kecil, wanita, golongan tua menjadi mangsa hujan roket-roket Israel. Berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa korban si Jahanam (Israel). Setiap hari pasti ada yang akan menjadi mangsa korban si Jahanam. Sehinggakan kita sendiri tidak dapat menahan sebak di hati apabila melihat anak-anak kecil terkorban akibat daripada serangan-serangan yang dilakukan oleh si Jahanam.

Pertubuhan-pertubuhan dunia hanyalah sekadar tunggul kayu yang bernyawa. Hanya mampu mengeluarkan suara tanpa sebarang tindakan yang mampu menghentikan semua kekejaman si Jahanam. Ini semua kerana mereka telah dipayungi oleh bangsa-bangsa si Jahanam ini.
Kita lakukan apa yang termampu agar segala rancangan jahat mereka dapat di patahkan. Boikot segala barangan keluaran mereka kerana inilah yang menjadi nadi kepada mereka. Semoga segalanya dapat berakhir dengan aman dan hancurlah Israel di muka bumi ini.

1 comment:

  1. Maaf mencelah. Sekadar ingat-mengingati. Berita gembira dari Allah ttg rezekiNya untuk hambaNya.

    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete