Thursday, January 1, 2009

Bila Kasut Terbang

Perkara yang menjadi buah mulut masyarakat kini, apabila mendengar Bush telah dilempar kasut bersaiz '10' oleh Muntazer al-Zaidi seorang wartawan dari stesen televisyenAl-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah. Ini menunjukkan kepada kita betapa pedihnya luka yang terpahat dihati setiap rakyat Iraq dan betapa dalamnya kebencian mereka terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi. Tanpa sedikit pun rasa perikemanusiaan dalam diri dengan melihat berapa ramai insanyang tidak bersalah terkorban, kanak-kanak kecil hilang punca kasih sayang dan tidak kurang juga yang diseksa dengan kejam oleh tentera Amerika. Maka, adalah layak untuk Bush menerima kasut bersaiz '10' itu dan kata-kata yang keluar dari mulut pemuda itu sebagai Hadiah Teristimewa sempena lawatan ke Iraq.
Petikan kata-kata wartawan tersebut:

Balingan Pertama: "Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing"
Balingan Kedua : "Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq"
Pemuda ini berani dalam menyatakan kepedihan yang dirasakan didalam hati. Kini beliau telah dianggap HERO bagi penduduk di Iraq kesan daripada tindakan beliau membaling kasut ke arah Bush dan Seorang ulama Iran, Ayatollah Ahmad Jannati telah memuji tindakan beliau dan menganggapnya sebagai satu 'INTIFADA KASUT'.
Inilah dunia yang penuh dengan liku-liku. Cabaran sentiasa ada dimana-mana, keberanian perlu untuk kita menghadapi segalanya. Keberanian yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut telah cukup untuk menyatakan bahawa Bush adalah sangat HINA di mata rakyat Iraq dan seluruh dunia dengan tindakannya yang sering memilih perang dalam usaha memerangi terorisme dan dalam masa yang sama ingin menguasai hasil-hasil semulajadi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Bush sememangnya pemimpin yang TAMAK, TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN, DAN mailto:$$%%@**!! .. 20 Januari 2009 akan berundur Bush dari menjadi Presiden dan digantikan oleh Obama penduduk berkulit hitam yang pertama dalam sejarah Amerika memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran. Apakah resolusi yang akan dibawanya dalam memerangi keganasan? Adakah akan seperti yang dilakukan oleh Bush? Setakat mana perubahan yang akan dibawanya. Kita tunggu dan lihat apa pula yang akan terjadi kepada dunia.
Renung-renungkan dan selamat beramal..
p/s: Nasib baik la bush mengelak. Kalu kena memang satu dunia gelak besar.. hahahahaha...

No comments:

Post a Comment