Thursday, January 1, 2009

ISRAEL : ALASAN DAN KEKEJAMAN


Orang awam, wanita-wanita, orang tua dan kanak-kanak di Palestin menjadi sasaran rejim zionis yg tiada langsung perikemanusiaan dalam diri mereka. Alasan mereka adalah untuk memerangi pejuang Hamas. Tanpa memikirrkan berapa banyak nyawa yang tidak bersalah. Kuasa dunia PBB hanya lah sekadar satu pertubuhan dunia yang tidak mempunyai apa-apa kuasa.

Hampir setiap hari akan kedengaran tentang kekejaman Israel ini. Mereka juga tidak menpedulikan ke mana arah tuju roket mereka. Sehinggakan mengenai hospital kanak-kanak, dan yang paling menyentuh sesitiviti ialah rumah ibadat bagi umat Islam. Setakat ini lima buah masjid dan dua dewan ibadat musnah akibat daripada serangan Israel. Mereka mendakwa terdapat pejuang Palestin yang menyalahgunakan kawasan berkenaan sebagai pusat pemerintahan tentera dan stor simpanan senjata. Selain itu, mereka mendakwa terdapat pemimpin Hamas yang menjadikan masjid sebagai tempat persembunyian. Tindakan Israel menyerang masjid di Palestin adalah suatu penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia.



Bilakah semua ini akan berakhir?... Sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) adalah antara yang menyokong kuat kekejaman Israel di Palestin. Buktinya, penolakan draf resolusi yang di serahkan oleh Liga Arab ketika mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan berhubung dengan konflik yang berlaku di Palestin. Draf tersebut telah ditolak bulat-bulat adalah dengan alasan bahawa ia tidak seimbang kerana tidak memasukkan frasa agar Hamas turut menghentikan serangan ke atas Israel.

Draf resolusi Liga Arab itu "mengutuk keras semua serangan tentera serta penggunaan kekerasan secara berlebihan, tidak seimbang dan diskriminasi oleh Israel yang telah menyebabkan korban dan cedera di kalangan penduduk Palestin." Ia turut mengandungi desakan gencatan senjata yang perlu dipatuhi kedua-dua pihak dan tuntutan agar Israel mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva yang melindungi orang awam ketika perang.

Tiada apa lagi yang dapat dilakukan oleh mana negara didunia selagi Israel mendapat sokongan kuat daripada rakan sekutunya AS. Sampai bila kekejaman ini berakhir tidak siapa pun tahu. Mungkin selepas kesemua tanah milik Palestin menjadi milik Israel.

Kita mungkin tidak kuat untuk menentang mereka, kita lakukan apa yang terdaya dengan berdoa agar penduduk Palestin sentiasa dilindungi dan berlaku satu keajaiban dengan satu kekuatan di beri kepada penduduk Palestin untuk memerangi segala kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

~~ HIDUP BIAR ADA MAKNA~~

No comments:

Post a Comment