Thursday, January 1, 2009


Assalamualaikum..
Bermulanya coretan sebagai seorang blogger. Pengaruh bukan sekadar pengaruh. Itu yang membuat hari in tertulis dalam sejarah hidup untuk menjadi seorang blogger. Perubahan demi perubahan menjadikan masyarakat lebih berani untuk menampilkan pendapat tentang isu2, hobi dan sebagainya melalui blog. Tidak ketinggalan kepada diriku untuk mencabar diri untuk mencuba dan meluahkan pendapat. Mungkin permulaan agak perlahan kerana baru berjinak-jinak dalam arena penulisan blog ini. Seperti pantun melayu ada berbunyi:

Buah Cempedak Diluar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau Salah Tolong Tunjukkan.



Kalau ada salah dan silap harap dapat tunjuk-tunjukkan apa yang betul dan memberi pandangan supaya sama-sama dapat melakukan perubahan dalam diri.
Sekian, Salam Blogger.
~~HIDUP BIAR ADA MAKNA~~

p/s: maaf atas segala kesulitan






No comments:

Post a Comment